Sekatan laut Amerika Syarikat pelanggaran serius kedaulatan Iran

2026-04-14 HaiPress

Duta Iran ke PBB dalam suratnya kepada Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres menegaskan,sekatan dikenakan Amerika Syarikat melanggar prinsip undang-undang laut antarabangsa. Foto AFP

NEW YORK,14 April – Iran mengecam sekatan laut yang dikenakan Amerika Syarikat di sekitar pelabuhannya pada Isnin sebagai satu pelanggaran serius terhadap kedaulatan negara itu,ketika retorik tegang antara Washington dan Tehran terus menggugat gencatan senjata yang rapuh.

RINGKASAN BERITA AI

Sekatan itu mula berkuat kuasa pada 2 petang GMT Isnin,walaupun Amerika Syarikat dan Iran telah bersetuju dengan gencatan senjata selama dua minggu beberapa hari sebelum itu.

Dalam masa sama,Pakistan selaku pengantara serta Qatar terus menggesa supaya gencatan senjata itu dihormati ketika usaha diplomatik masih diteruskan.

Guterres pada Isnin menggesa semua pihak supaya menghormati kebebasan pelayaran di Selat Hormuz selepas Iran dan kemudiannya Amerika Syarikat menyekat laluan di perairan strategik itu.

Selat Hormuz,yang menjadi laluan bagi satu per lima aliran minyak dan gas dunia,kini menjadi titik panas utama ketika Amerika Syarikat dan Iran cuba memperoleh kelebihan masing-masing dalam rundingan gencatan senjata.

Iravani berkata,sekatan yang disifatkannya sebagai menyalahi undang-undang itu menimbulkan ancaman besar terhadap keamanan dan keselamatan antarabangsa serta jelas meningkatkan risiko ketegangan di rantau yang sememangnya sangat tidak stabil.

Dalam surat kedua,wakil Iran ke PBB itu turut menggesa negara-negara Asia Barat yang menempatkan pangkalan tentera Amerika Syarikat supaya menghentikan tindakan salah di sisi undang-undang antarabangsa.

Beliau berkata Bahrain,Arab Saudi,Qatar,Emiriah Arab Bersatu dan Jordan perlu membayar pampasan bagi semua kerugian material dan moral yang ditanggung.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.