2026-04-15
HaiPress

Kru Artemis II termasuk Christina Koch,Victor Glover,Reid Wiseman dan Jeremy Hansen hadir sidang media selepas mendarat di Houston/Foto REUTERS
HOUSTON,15 April — Dua tenaga pengajar fotografi misi Artemis II memuji hasil rakaman imej oleh empat angkasawan yang menjalani latihan intensif bagi merakam detik bersejarah penerbangan mengelilingi Bulan.
RINGKASAN BERITA AI
−

Imej permukaan Bulan menunjukkan fenomena ‘terminator’,sempadan antara siang dan malam,dirakam kru Artemis II dari kapal angkasa Orion semasa lintasan Bulan,6 April/Foto REUTERS
Selain itu,kru turut menggunakan kamera mirrorless Nikon Z9 bersama beberapa lensa termasuk 14-24mm,80-400mm dan 35mm bagi mendapatkan variasi sudut dan jarak rakaman.
Dalam perkembangan sama,Willoughby berkata penggunaan telefon pintar iPhone 17 Pro Max merupakan penambahan lewat dalam senarai peralatan,namun memberi kelebihan dari segi kemudahan rakaman segera.
“Cabaran utama ialah penghantaran data kerana saiz fail yang besar,sedangkan kapasiti jalur lebar di angkasa adalah terhad berbanding di Bumi,” katanya.
Berbeza dengan misi ke bulan lebih 50 tahun lalu yang menggunakan kamera filem,kru Artemis II kini dapat melihat hasil rakaman secara digital serta-merta,selain penggunaan kamera aksi seperti GoPro yang membolehkan siaran langsung ke Bumi.
Willoughby berkata suasana di pusat kawalan Houston amat teruja apabila imej-imej berkenaan diterima dan dikongsikan.
“Keseronokan di bilik kawalan,sama ada di belakang atau hadapan,sangat terasa apabila imej mula diterima dan disiarkan. Kami semua benar-benar teruja,” katanya. – REUTERS