Perang Iran hampir berakhir, kata Trump

2026-04-15 HaiPress

Presiden AS Donald Trump/Foto REUTERS

WASHINGTON,15 April – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump,dalam temu bual pada Rabu,berkata perang AS-Israel terhadap Iran “hampir berakhir”,lapor Anadolu Ajansi.

RINGKASAN BERITA AI

Rundingan diadakan di ibu negara Pakistan,Islamabad pada hujung minggu untuk menamatkan secara kekal perang AS-Israel terhadap Iran yang bermula pada 28 Feb namun tiada kata putus dicapai.

Usaha untuk mengadakan satu lagi pusingan rundingan sedang dijalankan.

Trump menyuarakan nada optimis mengenai prospek penyambungan semula rundingan langsung AS-Iran,dengan mengatakan pada Selasa bahawa mereka boleh memulakan semula di Pakistan dalam tempoh dua hari akan datang.

Pakistan menjadi perantara gencatan senjata selama dua minggu pada 8 April,yang masih bertahan. – BERNAMA-ANADOLU

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.