Pelaburan pembangunan biodiversiti bandar beri pulangan berganda

2025-08-07 HaiPress

Datuk Seri Fadillah Yusof ketika sesi bual bicara santai di ibu negara. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR,5 Ogos - Pembangunan biodiversiti bandar perlu dilihat sebagai pelaburan strategik yang mampu memberikan pulangan berganda kepada ekonomi,alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof,yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air,persekitaran bandar yang hijau dan lestari bukan sahaja membantu mengurangkan tekanan hidup,malah meningkatkan kesihatan awam,menarik pelabur dan pelancong serta menaikkan nilai hartanah.

“Pulangan pelaburan bukan hanya dalam bentuk kewangan. Harga hartanah meningkat kerana orang bukan sekadar membeli rumah,tetapi mahukan kediaman yang menawarkan persekitaran bersih,hijau dan selesa.

“Orang sanggup membayar harga premium untuk rumah yang mesra alam,mesra pengguna dan mampu menyediakan kualiti hidup yang lebih baik,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani kerjasama antara Sime Darby Property Berhad dan Tropical Rainforest Conservation and Research Centre,hari ini.

Kerjasama strategik tersebut bertujuan memperkukuh pemuliharaan biodiversiti bandar dan menerapkan pendekatan ekologi dalam pembangunan menerusi penyelidikan biodiversiti,pemuliharaan spesies asli,pemulihan ekosistem serta penglibatan komuniti.

Ia juga menyokong hasrat negara membangunkan ekosistem bandar yang lebih inklusif dan mampan,dengan 'City of Elmina' dijadikan perintis model pembangunan yang menyepadukan alam sekitar dan komuniti secara harmoni.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.